Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pakatan Harapan Alu-Alukan Peranan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri,...

Cawangan Starbucks Di Bangsar...

BAGI memberi peluang golongan buta dan pekak mempamerkan kebolehan kerja seperti orang normal,...

Budak 11 Tahun Rogol,...

SEORANG budak lelaki didakwa merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap tiga kanak-kanak semasa...

KSP RMK-11 Bakal Perkukuh...

KUALA LUMPUR - Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), yang bakal...

‘Pitching Centre’, Mula Beroperasi Mac Depan – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat sehenti bertujuan memajukan industri kandungan digital kreatif di negara ini akan mula beroperasi menjelang Mac depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pusat sehenti yang dikenali sebagai ‘pitching centre’ itu ditubuhkan di Platinum Sentral, bertujuan mengumpul serta mendengar idea-idea serta membimbing penggiat industri tersebut.

“Pitching Centre ini diharap dapat menjadi tempat penggiat seni berhimpun dan mengekspresi karya kreatif mereka dengan lebih berdaya saing di peringkat global.

“Diharap pusat ini juga mampu menghasilkan penggiat industri yang berkualiti melalui karya yang kreatif, kritis dan memberi kesan dalam mendidik masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ‘Pitching Centre’ di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Kreatif Multimedia Kluster, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) Hasnul Hadi Samsudin, Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim dan Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez.


Selain itu pusat yang terletak berhampiran dengan akses pengangkutan awam itu diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung, kata Ahmad Shabery.

“Saya yakin pusat ini bakal menjadi tumpuan ramai untuk datang melihat hasil kreativiti anak tempatan terutamanya golongan muda memandangkan konsep yang diketengahkan lebih santai,” katanya.

Beliau berkata pusat sehenti itu akan diketuai MDEC dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori