Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perhilitan Rampas Pelbagai Hidupan...

HULU TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas pelbagai...

Militan Daesh: Kerajaan Selangor...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi...

Polis Cari Waris Mayat...

MUAR - Polis mencari waris kepada satu mayat lelaki yang ditemukan terapung di...

Budak Lelaki 4 Tahun...

JITRA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Jitra (HJ)...

PKR Hormati Keputusan Keluarga Anwar Kemuka Petisyen

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati dan memahami keputusan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan petisyen pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk Ketua Pembangkang tersebut.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, PKR seperti keluarga Anwar percaya pemimpin pembangkang tersebut yang juga Ketua Umum PKR tidak bersalah dan dianiayai serta dipenjara secara tidak adil.

“Oleh itu, kami menyokong sepenuhnya usaha Nurul Nuha (anak Anwar) untuk menyerlahkan ketidakadilan yang dilakukan ke atas Anwar.

“Kami menyeru kepada pihak Istana untuk mengakui kesalahan yang terang-terangan dalam proses kehakiman dan segera campur tangan untuk membetulkan keadaan. Tiada penawar kepada laksana keadilan kecuali satu pembebasan segera Anwar,’ dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tian Chua berkata, di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah penjaga ntegriti undang-undang maka mempunyai tanggungjawab moral untuk campur tangan apabila keadilan terjejas. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori