Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Respon Video Viral: “Nama...

TULISAN ini dikongsikan oleh Tuan Faizul Ridzuan, seorang ikon pelabur hartanah yang cukup...

Malaysia Pengguna Aplikasi WhatsApp...

KUALA LUMPUR - Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna Internet di...

Selepas Tewaskan Sekutu China,...

PERDANA Menteri India, Narendra Modi pada Isnin mengumumkan bantuan sebanyak AS$1.4 bilion kepada...

Nasib SJKC Di Johor...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan memastikan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di...

PKR Mahu Anwar Dibenarkan Hadir Sidang Parlimen!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun dibenarkan hadir ke sidang Parlimen. 

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli mendakwa, kerusi parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar tidak kosong sehingga proses petisyen pengampunan diraja oleh pemimpin PKR itu selesai. 

“Persoalan Ketua Pembangkang dan pilihan raya kecil juga tidak timbul. Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar wajar dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang bermula 9 Mac 2015 ini.

“Oleh demikian, Sekretariat Parlimen PKR akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam Anwar ntuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan beliau hadir sebagai Ketua Pembangkang di sidang Parlimen akan datang,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Rafizi dalam pada itu menyatakan, Biro Politik PKR menyokong penuh petisyen keluarga Anwar untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi pihak Anwar. 

“PKR memahami bahawa itu adalah keputusan peribadi keluarga Anwar yang perlu dipisahkan daripada pertimbangan politik atas dasar kasih sayang anak-anak dan isteri kepada seorang bapa dan suami,” katanya. 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori