Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Serangan Panggilan ‘Spam’ Mungkin...

SERANGAN panggilan 'spam' ke atas telefon bimbit beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dipercayai...

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Didera...

BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun meninggal dunia di Hospital...

Mahathir Luah Kesunyian, Ramai...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas...

Jangan Jadi Khadam Musuh...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan pihak-pihak tertentu...

PKR Sengaja Undang Simpati Jika Letak Nuha Di Pmtg. Pauh

ANDAI benar khabar angin tentang penggantian anak kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha di parlimen tersebut menjadi nyata, maka Pakatan Rakyat terbukti memancing simpati pengundi di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, situasi tersebut sememangnya dijangka selepas ketua pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat yang dikenakan kepadanya.

“Semua sudah boleh dijangka. Dari suami, isteri, kemudian anak-anak semuanya akan mewarisi Permatang Pauh dan PKR sendiri.

“Kita tidak mahu mempersoalkan tentang umur atau gender namun apa yang pasti, kerusi itu bukan milik keluarga Anwar Ibrahim,” ujar beliau kepada portal Astro Awani.

Desas desus perkhabaran tersebut bertiup kencang selepas beberapa penganalisis politik meramalkan senario berkenaan akan berlaku.

Menguatkan lagi andaian apabila Nurul Nuha, 31, yang merupakan graduan Ijazah Teknologi Seni dan Visual di Universiti George Mason, Amerika Syarikat telah mengepalai kempen ‘March To Freedom‘ bagi menuntut pembebasan bapanya.

mas-ermi-600x360


Ujar Mas Ermieyati lagi, secara otomatiknya, PKR telah menunjukkan bahawa parti itu sememangnya mengamalkan kronisme dan nepotisme kerana mencalonkan ‘anak beranak’ sebagai pengganti.

“Ini buktikan apa yang dikatakan terhadap PKR sebelum ini adalah nyata benar. Harapan saya agar pengundi Permatang Pauh dapat membuat pilihan bijak.

“Ketahuilah PKR mempertaruhkan Nuha hanya ingin dapat simpati pengundi.”

Setelah berhadapan hukuman penjara, kerusi yang disandang Anwar terpaksa ditinggalnya di bawah Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Ia menyatakan, seseorang anggota parlimen akan dilucutkan kelayakkannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita Nurul Nuha Ketika Sidang Media ‘March To Freedom’

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori