Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pejabat SSM Di Sunway...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menutup pejabat cawangannya di Sunway...

Video: ‘Mayat’ Terapung Dalam...

BEIJING - Anggota penyelamat di China yang cuba mendekati seorang 'mayat' yang terapung...

Fenomena ‘Hutan Kristal’

RANAU - Pendaki Gunung Kinabalu ketika ini berpeluang menyaksikan fenomena digelar ‘hutan kristal’...

Plagiarisme Satu Jenayah Akademik...

KUALA KANGSAR - Perbuatan plagiarisme atau penjiplakan adalah satu jenayah akademik, perilaku mungkar...

PM Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Ketibaan Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Noorainee, dengan berpakaian warna merah, di perkarangan Wisma MCA, disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA yang diketui Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Noorainee yang meluangkan masa kira-kira sejam turut bersama beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Liow dan Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel menggaul salad ikan mentah ‘yee sang,’ hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz.

Tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu sambil menyaksikan persembahan kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika ditemu bual secara langsung oleh RTM di sini berkata sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dihadiri rakyat berlinag kaum itu melambangkan perpaduan masyarakat Malaysia.

“Saya percaya kesepaduan yang kita ada pada hari ini menjadi asas dan menunjukkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama memperkukuhkan masa depan negara,” katanya.

Najib turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Cina.

Beliau berharap sambutan tahun ini iaitu Tahun Kambing akan membawa kemakmuran, kejayaan dan rezeki serta kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berharap tahun 2015 akan memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara ini.


“2014 merupakan tahun yang mencabar bagi negara ini (ditambah) dengan kejatuhan harga minyak. Jadi, kita berharap, kita akan dapat menjadikan 2015 tahun yang baik,” katanya.

Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bagi menyambut ketibaan tahun baharu dalam kalendar Lunar.

Sementara itu, Najib dan Muhyiddin diiringi isteri masing-masing kemudiannya turut memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di Menara PGRM di Cheras, di sini.

Ketibaan Najib pada 11.15 pagi disambut Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang segak berbaju merah yang telah berada di majlis itu sejak pagi.

Sebaik tiba, Najib sempat meluangkan masa meninjau gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah untuk para hadirin seperti sate dan laksa, sebelum menyertai tetamu kenamaan lain untuk menjamu selera.

Turut hadir di majlis itu ialah Tengku Adnan, Hishammuddin, Palanivel, Dr Subramaniam, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Antara para pemimpin Gerakan yang kelihatan di majlis itu termasuk bekas presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Datuk A. Kohilan Pillay.

Sambil menikmati juadah makanan yang disediakan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian sebelum tetamu kenamaan menyaksikan persembahan tarian singa.

Sejurus kemudian, Najib dan Muhyiddin turut bersama-sama menggaul ‘yee sang’, makanan tradisi pada perayaan Tahun Baharu Cina. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori