Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penjenayah Maut Berbalas Tembakan

DUA penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di Jalan...

Paras Hutang Isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Kedudukan paras hutang isi rumah negara bagi 2015 adalah 89.1...

How-to Write a Simple...

Slim your matter by discovering a particular issue your paper may answer. This...

Selangor Kaya Tapi Sampah...

ISU kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Kampung Limau Manis, Sungai Merab tidak...

Polis Britain Kesan 3 Remaja Perempuan Berjaya Sertai IS

LONDON – Jika di Malaysia, polis berjaya menahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di KLIA minggu lalu dipercayai mahu berlepas ke Syria untuk menyertai militan IS, namun lain pula ceritanya di Britain.

Polis negara itu pada Sabtu terpaksa membuat rayuan secara terbuka untuk menjejaki tiga pelajar perempuan London yang dikhuatiri berjaya meloloskan diri menuju ke Syria untuk menyertai kumpulan pelampau IS.

Shamima Begum, 15 tahun; Kadiza Sultana, 17 tahun; dan seorang lagi gadis berusia 15 tahun yang tidak dinamakan atas permintaan keluarganya, meninggalkan rumah mereka pada Selasa lalu.

Trio tersebut dipercayai mengikuti satu penerbangan ke Istanbul, Turki tanpa memberitahu keluarga masing-masing dan mereka dikesan sudah menaiki pesawat ke Turki tetapi dipercayai tujuan sebenar mereka untuk ke Syria.

Rakaman kamera litar tertutup di lapangan terbang Gatwick London menunjukkan tiga remaja perempuan dipercayai menaiki pesawat menuju ke Turki.

Polis percaya tiga gadis itu adalah sahabat karib, sama-sama menuntut di Akademi Bethnal Green di timur London, dan menuruti tindakan salah seorang rakan mereka, yang melarikan diri untuk menyertai IS pada Disember lalu.


Pihak keselamatan Britain juga yakin ketiga-tiga mereka yang cemerlang dalam akademik; mendapat sokongan logistik semasa merancang perjalanan tersebut, tetapi tidak jelas sama ada mereka menerima sebarang pembiayaan.

Menurut laporan agensi berita AFP, dianggarkan sekitar 550 wanita muda dari negara-negara Barat sudah pun melakukan perjalanan ‘jihad’ untuk menyertai beberapa kelompok kecil IS di Iraq dan Syria.

Kerajaan Britain pula menganggarkan sekitar 600 rakyatnya berjaya melakukan perjalanan ke Syria untuk menyertai konflik di sana, dan sebahagian daripada mereka terpengaruh menyertai kumpulan militan IS.

Sekitar separuh daripada rakyat Britain yang kembali semula ke tanah air, dan berpuluh-puluh lagi ditangkap di bawah undang-undang anti-pengganasan negara itu. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori