Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Di Perak...

IPOH - Demam denggi meningkat sebanyak 48.4 peratus kepada 5,265 kes di...

Tarik Balik Kelompok BG04645...

KUALA LUMPUR - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengarahkan Hovid Berhad menarik balik...

Gangguan Bekalan Air Tidak...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menafikan...

Pengarah Drama Jelas Sikap...

PETALING JAYA - Pelakon Sara Ali yang dikatakan bermasam muka ketika menjalani sebuah...

Polis Cari Wanita Warga Thailand Simbah Asid Pada Suami

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang wanita warga Thailand yang menyimbah asid pada suaminya di sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Rahman Ahmad berkata Ops Tutup telah dijalankan di jalan keluar masuk utama negeri ini sejak semalam termasuk menjalankan pemeriksaan di terminal bas dan teksi untuk menjejaki suspek.

“Kami juga telah memaklumkan kepada pihak di sempadan Bukit Kayu Hitam dan berkemungkinan suspek masih lagi berada di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya menurut jiran, suspek berusia 29 tahun itu kerap bertengkar dengan suaminya yang bekerja sebagai tukang paip sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Beliau berkata suaminya yang berusia 47 tahun dan merupakan warga tempatan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang akibat melecur teruk di tubuh, sebahagian muka dan mata.


Rahman berkata dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, pengawal keselamatan yang sedang bertugas terdengar jeritan mangsa yang meminta tolong dari dalam rumahnya yang terletak di tingkat tiga.

Katanya pengawal keselamatan itu mendapati pintu rumah berkenaan berkunci sehingga terpaksa memecahkannya sebelum menemui mangsa dalam keadaan kesakitan di dalam bilik tidur utama.

Beliau berkata suspek turut melarikan kereta suaminya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori