Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Niat Share Anak Angkat,...

TULAR menerusi media sosial sebuah rakaman menyaksikan pengasas terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri...

Peminat Meluat Ahli Kumpulan...

INDUSTRI muzik Korea Selatan atau lagu genre K-pop sememangnya memberi impak yang sangat...

GAMBAR: Majlis Pertunangan Sarimah...

Tahniah diucapkan buat penyanyi, pelakon, pengacara dan DJ radio Mix FM, Sarimah Ibrahim,...

Ronaldo Sedia Nikmati ‘Detik...

CRISTIANO RONALDO menikmati bahagian yang manis dalam Liga Juara-Juara dan yakin Juventus akan...

Kes Samun Bunuh Di Bachok, Polis Buru Nuar Ayam

KOTA BHARU – Polis Kelantan kini giat memburu seorang suspek dikenali sebagai Nuar Ayam yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun dan bunuh di sebuah kedai perkakasan di Bachok Khamis lalu.

Fullscreen capture 272015 62125 PM

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata operasi untuk mengesan lelaki berusia 37 tahun itu telah digerakkan sehingga ke kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Kita perketatkan (kawalan) kawasan sempadan dan adakan operasi untuk buru dia (Nuar Ayam). Saya telah maklumkan kepada semua anggota di seluruh daerah kerana ada kemungkinan dia akan lari ke negeri lain.

“Setakat ini kami mempunyai perkembangan positif terhadap kes ini, cuma beri kami sedikit masa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Kontinjen Kelantan Siri 1/2014 di Dataran Kawad Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga sedang mengesan identiti dua lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan, dipercayai berusia di bawah 30-an dan mereka ini membawa dua senjata api dan sebilah parang ketika kejadian.

NSTP


Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, seorang peniaga terbunuh manakala anak perempuannya cedera selepas ditembak dalam kejadian samun melibatkan tiga lelaki bertopeng di kedai tersebut.

Peniaga itu, Mustaffar Sidek, 52, ditembak di perut dan paha kanan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, pada pukul 7.40 malam hari kejadian.

Anak mangsa dikenali sebagai Ainul Wahida, 18, ditembak di lutut sebelah kanan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Isteri mangsa, Norhaizan Mat Zin, 45, dan seorang pembantunya, Mohd Azrien Mohd Nasir, 27, yang digari oleh penjenayah itu bagaimanapun tidak dicederakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori