Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gerakan Hadapi PRU14 Dengan...

SANDAKAN - Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum...

Pelarian Perlu Ke Negara...

MALAYSIA sudah terlalu banyak memberikan suaka kepada pelarian, kata bekas Perdana Menteri, Tun...

Van Gaal Percaya Manchester...

WEST BROMWICH, United Kingdom - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menegaskan pasukannya masih boleh...

“Saya Digelar Bangsat, Pencuri...

PETALING JAYA - Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila Persatuan Bolasepak Kedah...

Polis Kelantan Rampas Pil Kuda & Heroin Bernilai RM157,00

KOTA BAHARU – Polis Kelantan merampas pil kuda dan heroin yang dianggarkan bernilai RM157,500 dalam dua serbuan berasingan di Pasir Mas dan Tanah Merah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan kira-kira 2.15 petang semalam, anggota dari unit Task Force Narkotik Negeri telah menahan tiga individu berusia 21 dan 28 tahun di Kampung Cherang Lali, Tanah Merah.

“Pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek membawa kepada penemuan 4,740 biji pil kuda yang disembunyikan di dalam raga motosikal milik salah seorang suspek,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata polis kemudiannya merampas 1,000 biji pil kuda di Taman SL Suria, Tanah Merah hasil daripada soal siasat yang dijalankan ke atas tiga suspek itu.

“Kira-kira pukul 3.30 petang (hari sama), salah seorang suspek telah membawa polis ke sebuah rumah di taman itu dan menunjukkan pil kuda yang disembunyikan di dalam tanah.

Kami turut menyita wang tunai sebanyak RM2,000 milik seorang daripada suspek dan salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau, kita percaya dia merupakan ketua,” katanya.


Dalam serbuan kedua, Mazlan berkata pihaknya menahan seorang lagi rakan suspek berusia 20 tahun di hadapan sebuah rumah di Kampung Pondok Lati, Pasir Mas hari ini.

“Kita tahan suspek kira-kira pukul 5 pagi dan ketika itu suspek sedang tidur di dalam sebuah kereta, pemeriksaan membawa kepada penemuan tujuh botol dadah seberat 28 gram dipercayai jenis heroin yang diletakkan pada bahagian tempat duduk penumpang depan.

“Sindiket ini dipercayai bergerak aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak enam bulan lalu dan aktif di sekitar daerah Pasir Mas dan Tanah Merah, mereka juga aktif di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Kita pandang serius perkara ini dan tahun ini kita fokus kepada golongan belia dan remaja kerana kegiatan pengedaran dadah ini kebanyakannya melibatkan golongan muda,” katanya.

Mazlan berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori