Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pantau Aktiviti Mengeluar, Memindah...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri akan memantau aktiviti operasi mengangkut bahan batuan dan galian...

Sebak Urus Jenazah Bayi...

PETALING JAYA – Menguruskan bayi lelaki berusia 38 minggu yang meninggal dunia akibat...

Kawasan Pusat Pendaftaran Pengundi...

KAWASAN pusat pendaftaran pengundi di ibu kota Afghanistan digemparkan dengan pengebom berani mati...

Pencuri Kereta Hisap Puting...

Oklahoma City - Polis di bandar raya ini melancarkan operasi memburu seorang lelaki...

Hina Tunku Azizah, Polis Cari Pemilik FB ‘Kagawa Onieshia’

KUANTAN – Pihak polis meminta pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Kagawa Onieshia’ supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung komen berbaur lucah dan kesat ke atas Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut susulan laporan yang dibuat tujuh pihak semalam termasuk enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu juga sudah dimaklum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti individu terbabit.


Semalam enam NGO dan wakil istana membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna Facebook yang menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tunku Azizah.

Status Instagram Tengku Puan Pahang
Status Instagram Tengku Puan Pahang ini dikatakan punca seorang pengguna FB yang kini diburu pihak polis melemparkan kata-kata kesat kepada baginda.

Perkara itu dilakukan susulan ulasan baginda mengenai tindakan peminat bola sepak Johor yang mempamerkan kain rentang (tifo) yang tertera gambar manusia berkepala anjing yang dipercayai ditujukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semasa aksi Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Takzim dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori