Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video Pengundi Dakwa Warisan...

KIMANIS - Imej Parti Warisan Sabah (Warisan) agak tercalar apabila dikaitkan politik wang...

‘Tawaran Jho Low Satu...

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low harus kembali ke...

Kejutan Bagi Peminat Rajinikanth...

KUALA LUMPUR — Kemunculan bintang filem terkenal India, Rajinikanth pada Sabtu ini di...

JPJ Kelantan Sita 96...

KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah menyita 96 kenderaan klon...

Polis Rakam Aksi Wanita Gila Berbogel Di Balai, Bakal Dipecat

Rusia – Sekumpulan anggota polis bakal berdepan tindakan buang kerja selepas video yang mereka rakamkan, yang memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang mengalami masalah mental berbogel sambil menari-nari di balai polis, tersebar.

Klip video itu mencetuskan kejutan kepada penduduk Moscow selepas wanita itu, Irina K, ditangkap kerana mengganggu dan menjerit kepada orang ramai di jalan raya.

Sebaik tiba di balai polis, Irina telah menanggalkan bajunya dan kemudian menari, menyanyi dan melompat di atas meja di balai tersebut.

Manakala anggota polis di situ bukannya menenangkan Irina sebaliknya salah seorang daripada mereka merakamkan aksi Irina dan turut ketawa.

Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital sakit jiwa. Namun selepas klip video itu tersebar, ia telah mencetuskan kritikan terhadap anggota polis di Rusia.


Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, tindakan beberapa anggota dan pegawai di balai berkenaan dalam mengendalikan kes Irina adalah amat tidak wajar.

“Meskipun wanita itu telah dibantu dengan dihantar ke hospital sakit jiwa namun anggota polis yang membiarkan sahaja Irina berbogel dan merakamkan aksi tersebut sambil ketawa adalah memalukan.

“Siasatan sedang dijalankan dan anggota terbabit bersama dengan pegawainya akan dibuang kerja,’’ katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori