Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KD Pahang Hanya Mampu...

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan daripada tiga mayat yang ditemui semalam, kapal...

4 Peniaga Miliki Rokok...

KANGAR - Sepasang suami isteri antara empat pengusaha kedai runcit yang mengaku bersalah...

PAS Sokong Penuh Bersatu...

SHAH ALAM - PAS menyatakan pendirian menyokong penuh keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Wanita Berpeluang Ceburi Bidang...

KUALA LUMPUR - Kaum wanita mempunyai peluang setara dengan lelaki untuk mendapatkan pendidikan...

Polis Sabah Rakam Percakapan Suspek Berkaitan Risalah SSKM

KOTA KINABALU – Polis Sabah sudah merakamkan percakapan sembilan suspek termasuk tiga wanita, berhubung pengedaran risalah Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) di Tuaran, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata selain percakapan sembilan suspek berumur 24 hingga 52 tahun itu, pihaknya turut merekodkan keterangan 14 orang saksi.

“Tangkapan sembilan suspek dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Kesemua sembilan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 5 petang semalam selepas rakaman percakapan diambil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jalaluddin berkata siasatan juga akan dijalankan di bawah Akta Mesin Cetak dan siasatan kes itu akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada pihak Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.


Beliau berkata sembilan suspek itu ditahan selepas disyaki mengedarkan risalah berkaitan SSKM di beberapa lokasi di tamu (pasar minggu) Tuaran antara pukul 9.50 pagi dan 10.42 pagi semalam.

Katanya berikutan tangkapan itu, sebanyak 113 risalah pelbagai tajuk dan beberapa buah buku turut dirampas daripada suspek untuk membantu siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori