Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

ADUN Sg. Manik Antara...

IPOH — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin...

Tak Mungkin Gencatan Senjata...

BAITULMAQDIS : Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini berkata tidak mungkin ada...

Guna Dron Kekang Kemasukan...

LANGKAWI -- Kerajaan diminta mewujudkan satu pangkalan khas dan menggunakan teknologi baharu seperti dron bagi tujuan pemantauan serta mengawasi kawasan perairan utara pulau bagi mengekang kemasukan pelarian etnik Rohingya.

Siasat Bawang Merah RM24...

BALIK PULAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang...

Polis Serbu Bangsal Proses Air Ketum, Tahan 20 Lelaki

NIBONG TEBAL – Polis menahan 20 lelaki dalam serbuan di sebuah bangsal memproses daun dan air ketum di Kampung Balik Bukit di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang DSP Lee King Chuan berkata serbuan pada 8 pagi itu oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bersama JSJN negeri adalah hasil intipan sejak dua minggu lepas.

Beliau berkata mereka berusia antara 19 dan 57 tahun, dan ada di antara mereka positif dadah.

“Ketika serbuan itu, pemilik bangsal dan tiga pekerja sedang menyediakan air ketum untuk dijual kepada pelanggan mereka dengan harga RM5 sebungkus. Setiap hari mereka menjual sehingga 120 bungkus air ketum,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Lee berkata pemilik bangsal berusia 40-an itu merupakan penternak lembu di Padang Serai, Kulim dan pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lepas.


“Dia tetap menjalankan kegiatan itu walaupun pernah ditahan sebelum ini. Malah kali ini, lelaki itu turut menanam pokok ketum di sekitar ladang kelapa sawit di sekitar bangsal itu,” katanya.

Beliau berkata polis juga merampas 146 bungkus air ketum, 32 kilogram daun ketum dan pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses air ketum.

Sementara itu, dalam Ops Sarang di Seberang Perai Tengah (SPT), Lee berkata pihaknya menahan 22 penagih dadah dan merampas 0.5 gram dadah heroin.

“Seramai 22 lelaki berusia antara 20 dan 34 tahun itu ditahan di lima lokasi di sekitar SPT dan mereka kini direman bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori