Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tingkat Keselamatan Di...

KLANG - Keselamatan di sepanjang Jalan Tengku Kelana di sini, lokasi tumpuan masyarakat...

Jual DVD Cetak Rompak,...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga hari ini didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang...

Bandar Kasut Ipoh Akan...

IPOH – Bekas tapak lombong seluas 10.8 hektar, terletak di Kawasan Perindustrian Ringan...

Zika: Majlis Fatwa Akan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan minggu depan...

Polis Tahan 5 Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah Di Alor Setar

ALOR SETAR – Polis menahan lima lelaki berumur 22 hingga 44 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gunung Sali di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata dalam serbuan pada 1.30 tengah hari itu, polis menemukan dadah jenis heroin seberat 157.5 gram bernilai RM7,000.

“Ketika serbuan, suspek cuba melarikan diri dan pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg silang mengandungi 24 peket plastik lutsinar dalam pelbagai saiz berisi heroin seberat 109.5 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kota Setar hari ini.

Katanya, polis turut menemui tiga peket heroin seberat 48 gram di dalam rumah berkenaan bersama satu alat penimbang dan plastik untuk membungkus dadah, yang dipercayai dibekalkan dari Pulau Pinang.

Adzaman berkata, hasil ujian air kencing juga mendapati kelima-lima suspek yang menetap di sekitar Alor Setar itu positif dadah jenis heroin, dengan tiga daripadanya mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan dadah.

Menurutnya, selepas mendapat bekalan, suspek akan membungkus dadah dalam bentuk straw dan paket kecil untuk dijual di sekitar Alor Setar dengan harga sekitar RM30 hingga RM45.


Adzaman berkata, kesemua suspek ditahan reman mulai semalam sehingga Selasa depan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu, katanya, bersempena Ops Limau bermula pada 13 Feb lepas, polis menahan dua lelaki dalam kes berasingan kerana memiliki mercun tanpa permit.

Katanya tangkapan pertama sekitar 11 pagi Khamis lepas melibatkan seorang lelaki berumur 58 tahun dari Tokai, Simpang Empat kerana memiliki pelbagai jenis mercun bernilai RM1,500.

Pada 4 petang hari ini pula, katanya, seorang lelaki, 38, telah ditahan di Kompleks Perniagaan Saga Ria kerana memiliki mercun buatan sendiri yang ditemui di dalam poket seluar suspek. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori