Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 100 Maut Ditimbus...

DHAKA – Hujan lebat yang menyebabkan kejadian tanah runtuh meragut sekurang-kurangnya 120 nyawa...

Pemabuk Ceroboh Restoran Curi...

KANTOI... Kamera litar tertutup (CCTV) sebuah restoran di Hauppauge, Long Island, New York,...

Malaysia Sedia Wujudkan Pakatan...

SEGAMAT - Pelabuhan di Malaysia sedia mewujudkan pakatan dengan pelabuhan di China bagi...

Laporan Audit Negara Berhubung...

KUALA LUMPUR — Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Polis Tahan Seorang Suspek Tembak Ibu Dan Anak

GEORGETOWN – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian menembak dua beranak di persimpangan lampu isyarat Jalan Song Ban Keng, Bukit Mertajam dekat sini semalam, ditahan tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di kawasan Bukit Mertajam pada pukul 12.15 tengah malam hasil risikan dan maklumat awam.

“Lelaki itu ditahan di rumahnya tetapi kami tidak menemui senjata api yang digunakan dalam kejadian tembakan semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

[BACA: Ibu, Anak Ditembak Di Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam]

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah bersabit kes dadah dan jenayah kekerasan.

Ditanya sama ada suspek berkemungkinan terlibat dalam kongsi gelap, beliau berkata soal siasat sedang dijalankan dan lelaki terbabit akan direman mulai hari ini untuk siasatan lanjut.


Mazlan berkata polis sedang berusaha mengenal pasti identiti tiga lagi suspek kes dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Pada kejadian pukul 12.40 tengah hari semalam, seorang lelaki dan ibunya cedera ditembak empat lelaki yang menunggang dua motosikal ketika kereta mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat jalan berkenaan.

Sekurang-kurangnya 10 das tembakan jarak dekat dilepaskan ke arah kereta jenis Subaru Impreza mangsa yang mengenai leher dan lengan wanita berusia 43 tahun dan dada kiri anaknya.

Mangsa lelaki berumur 21 tahun ditemani ibunya dikatakan baru selesai menghadiri perbicaraan kes dadah di Mahkamah Bukit Mertajam tidak jauh dari tempat kejadian.

Siasatan mendapati lelaki berkenaan pernah terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah kekerasan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori