Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dasar Pandang Ke Timur:...

TOKYO - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang ke...

Kamal Adli, Uqasha Senrose...

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha...

Ambulans Tiba-Tiba Terbakar Di...

KUALA KANGSAR - Sebuah ambulans terbakar 80 peratus di persimpangan lampu isyarat Taman...

MATTA Dakwa Tour Buddy...

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) membantah perkhidmatan Tour...

Polis Dihukum Tekan Tubi 50 Kali Sebab Pakai 3 Cincin Akik

PALEMBANG — Demam cincin batu akik yang melanda Indonesia tidak sahaja melibatkan golongan remaja, malah turut membabitkan ramai anggota polis tempatan sehingga menyebabkan pihak atasan terpaksa membuat pemeriksaan secara mengejut.

Meskipun ia bukan pun kesalahan disiplin, namun pihak pengurusan pasukan polis di bandar-bandar besar mula menjalankan pemantauan untuk memastikan anggota terlibat tidak terlalu berlebih-lebihan dan mencetuskan perasaan kurang senang masyarakat.

Terbaharu, pemeriksaan rutin fizikal dan penampilan anggota pasukan itu oleh timbalan ketua polis kota Palembang, Iskandar FS baru-baru ini yang lazimnya hanya melihat kuku jari panjang, potongan rambut dan janggut mencetuskan suasana kelam-kabut.

Beliau yang selama ini hanya bersiap sedia dengan pengetik kuku untuk anggota polis yang didapati menyimpan kuku panjang selain gunting untuk memotong paras rambut panjang, kini terpaksa bekerja lebih keras mengira batu akik di jari semua anggota.

Hasilnya, jika setakat memakai satu atau dua cincin batu akik pada jari masing-masing itu bukan perkara luar biasa pun, sebaliknya ramai pula anggota didapati mengenakan tiga batu akik kononnya untuk menyerikan wajah, tangkal tuah dan pelbagai alasan.

Seperti guru disiplin sekolah yang tegas, Iskandar bagaimanapun tidak pula mengarahkan mereka menanggalkan cincin tersebut sebaliknya, menghukum anggota terbabit melakukan tekan tubi sebanyak 50 kali sebagai pengajaran kepada yang lain.


“Saya boleh maaf dan bertolak ansur jika satu atau dua batu akik kerana itu mungkin adat resam, tetapi jika tiga cincin, itu keterlaluan. Mujur tidak ada penyitaan yang dilakukan susulan pemakaian batu akik oleh anggota polis tempatan,” ujar Iskandar.

Menurut beliau, pihak pengurusan polis buat masa ini lebih memberi nasihat dan menyarankan anggota terlibat hanya mengenakan paling banyak pun dua cincin batu akik di jari tangan dalam satu masa atas faktor budaya masyarakat tempatan.

“Peraturan standard ini agar tidak terlihat terlalu menyakitkan mata sahaja. Apabila menggunakan batu akik yang amat banyak, ia tidak sesuai dengan imej pakaian seragam yang sepatutnya berdisiplin dan bukan menunjuk-nunjuk,” jelas Iskandar.

Tindakan pemeriksaan secara mengejut akan terus dilakukan secara rutin untuk memeriksa penampilan setiap anggota polis dan beliau secara jenaka berkata: “Polis bukan artis yang bebas berjanggut lebat dan kukunya panjang.” – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori