Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Putrajaya Deuter Trail Run...

PUTRAJAYA - Edisi ketiga 'Putrajaya Deuter Trail Run' 2015 yang dijadual pada 10...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam dagangan awal hari...

Hadi Jadi PM Jika...

KUALA LUMPUR - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengingatkan semua pihak hanya Presiden...

Aliff Syukri Balas Balik...

KITA rehat sekejap dengan story kontroversi pasal Aliff Aziz yang tengah panas. Jom...

Pos Malaysia Keluarkan Setem Panda Hari Ini

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia akan mengeluarkan koleksi setem dan produk filateli terbaharu bertemakan panda sebagai meraikan kehadiran panda Xing Xing dan Liang Liang di negara ini mulai Rabu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Azlan Shahrim berkata koleksi itu sebagai simbol hubungan kukuh antara Malaysia dan China.

Setem itu boleh diperoleh di semua pejabat pos di seluruh negara.

“Koleksi ini dikenali sebagai Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi.

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan usaha-usaha pemuliharaan dan kepentingan hidupan liar serta kelestarian biodiversiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azlan berkata istimewanya keluaran pada kali ini ialah lembaran mini yang dicetak khas menggunakan kertas flok iaitu sejenis gentian berbulu halus dengan ciri keselamatan.


Setem berupa lembaran mini yang berukuran 80mm x 90mm itu memaparkan panda jantan (Xing Xing) bermaksud kemakmuran dan panda betina (Liang Liang) yang bermaksud cantik itu dijual pada harga RM8 setiap satu.

Selain itu dua setem biasa berukuran 28mm x 45mm yang dicetak pada kertas setem fosfor hijau kuning, memaparkan kedua-dua panda boleh didapati pada harga 70 sen setiap satu.

Sampul surat Hari Pertama turut dijual pada harga 50 sen sekeping dan RM1.90 dengan satu setem, sampul dan lembaran mini pada harga RM8.50, folder, RM6 setiap satu atau RM52.40 untuk satu set lengkap. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • panda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori