Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Harga RON97 Naik Sembilan...

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik sembilan sen seliter manakala RON95 dan...

2 Saksi Pakar Inkues...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil dua saksi pakar yang memberi keterangan dalam...

QZ8501: Penyelam Temui 5...

PANGKALAN BUN - Penyelam Indonesia pada Khamis menemui lima mayat yang masih terikat...

Skuad Badminton Tambah 2...

SINGAPURA - Skuad badminton negara menambah dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki...

Pos Malaysia Pasang Peti Surat Di Gunung

KOTA KINABALU – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan peti surat yang ke-3,110 di altitud tertinggi di Malaysia iaitu di Pendant Hut di sini semalam.

Pemasangan peti surat itu sekali gus tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBR) kerana ia terletak pada aras 3,289 meter di atas paras laut.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Pendant Hut boleh ditemui melalui pendakian selama empat hingga enam jam dari Taman Kinabalu.

“Pos Malaysia berharap inisiatif ini akan meningkatkan lagi populariti Gunung Kinabalu di mata dunia.


“Peti surat ini pasti akan menjadi tarikan baharu untuk pelancong di mana mereka boleh memperingati pendakian bersejarah mereka dengan menghantar surat dan poskad pada ketinggian 3,270 meter,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, seorang posmen akan ditugaskan untuk memungut surat dan poskad dari peti surat tersebut pada pukul 12 tengah hari pada setiap hari bekerja.

“Semua surat dan poskad yang dipungut akan dikumpulkan oleh sebuah van Pos Malaysia yang berulang-alik dari pejabat Mountain Torq, sebuah ejen berlesen Pos Malaysia pada pukul 10 pagi hari berikutnya untuk diproses di Pejabat Pos Ranau,” jelas kenyataan itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori