Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ini Dijumpai 10...

Kuala Lipis - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai...

Usaha Bongkar ‘Fail Merah’...

PUTRAJAYA – Pembongkaran ‘fail merah’ terbukti masih belum berakhir apabila Menteri Kewangan, Lim...

PM Bentang BETR 2.0...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Hala...

Adun BN Ishak Ismail...

GARA-GARA menjadi penjamin pinjaman orang lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lenggeng,...

New Balance Tak Sensitif, Letak Kasut Kulit Babi Di Rak Depan?

PENGGUNA akaun Facebook dikenali sebagai Norhafiz Dellas meluahkan kekesalannya mengenai sebuah premis menjual pakaian dan kasut jenama antarabangsa, New Balance di pusat beli-belah Queensbay Mall di Pulau Pinang, yang disifatkannya tidak sensitif terhadap umat Islam.

Ia susulan tindakan mereka meletakkan kasut yang diperbuat daripada kulit babi di bahagian paling hadapan premis.

Menurutnya, dengan tag diskaun 50 peratus, pihak premis seolah-olah sengaja mahu menarik perhatian pelanggan Islam untuk terus menyentuh kasut tersebut.

Norhafiz juga memberitahu keluarganya terpaksa menyamak tangan mereka selepas terpegang kasut itu kerana tidak menyedari notis ‘kulit babi’ yang diletakkan di bahagian belakang kasut.

new

Justeru, dia meminta agar orang ramai berhati-hati ketika mengunjungi premis tersebut agar tidak terkena perkara sama.


Secara logiknya, memang pelanggan akan tertarik untuk melihat kasut yang berada di kawasan paling hadapan premis apatah lagi diletakkan tag diskaun menarik.

Premis Tak Sensitif Letak Kasut Kulit Babi Di Hadapan Kedai

Sepatutnya kasut berasaskan kulit babi diletak di bahagian rak belakang atau diasingkan daripada kasut lain dengan notis besar dan jelas agar tidak mengelirukan pelanggan khususnya umat Islam.

Pihak New Balance sewajarnya memberikan penjelasan berhubung kejadian ini dan memastikan ia tidak berulang. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=4l_EUfs_nPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori