Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Labu Air Gergasi Mak...

SATU kejadian 'pelik tapi benar' telah berlaku di sebuah perkampungan di selatan tanah air...

Terpulang Kepada KPDNKK Untuk...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyerahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan...

Rebecca Nur Islam Dan...

Sama seperti memakai tudung, keinginan untuk berpakaian mengikut syariat Islam memerlukan hidayah untuk...

Peguam Hartanah Pecah Amanah...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Presiden MIC Cadang Pemilihan Baharu Diadakan Jun Depan

Parti MIC membuat cadangan untuk satu pemilihan baharu diadakan melibatkan semua jawatan bagi menyelesaikan kemelut berterus parti berkenaan khususnya yang dihadapi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Presidennya, Datuk Seri G Palanivel berkata, ia akan diadakan pada bulan Jun depan.

Beliau berkata perkara itu akan turut dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

MENARIK – Yakin Pemimpin Tertinggi BN Selesai Kemelut MIC

Palanivel membuat kenyatan itu selepas hadir di majlis jelajar pertemuan bersama Pengerusi Cawangan MIC di Johor di Dewan Orang Ramai Parit Yaani di Batu Pahat.

Difahamkan setakat ini, belum ada pemimpin lain dari MIC yang memberikan reaksi mereka berhubung cadangan yang dikemukakan oleh Palanivel itu.


Pada 5 Disember lepas, ROS telah mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan tiga Naib Presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan semasa perhimpunan agung parti pada November 2013 sebagai tidak sah dan batal, lalu mencadangkan pemilihan semula diadakan dalam tempoh 90 hari.

– MYNEWSHUB.CC

Video Kenyataa  Datuk M Saravanan Berkaitan Pemilihan MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori