Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Berputih Mata Apabila Dicekup...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berputih mata apabila dicekup orang ramai sejurus...

6 Lelaki Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Enam lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Kes Bunuh Jong-Nam: 14...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Disember depan...

Kes Bunuh Bill Kayong...

MIRI - Mahkamah Majistret Miri hari ini memindahkan kes membabitkan tiga individu yang...

PRK DUN Chempaka: Suhaizan Dakwa UMNO Ada Agenda Tersirat

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mendakwa UMNO mempunyai agenda tersirat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Dakwa beliau, agenda tersirat itu adalah untuk memecahbelahkan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana keputusan tidak bertanding di DUN Chempaka akan memperlihatkan kejujuran untuk menyatukan PAS dan UMNO.

“Ini boleh menyebabkan kecurigaan kepada rakan-rakan dalam PR memerangkap sebahagian ahli PAS yang lurus bendul dan memerangkap minda rakyat yang tidak memahami realiti politik sebenar,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Suhaizan menggesa pemimpin dan ahli PAS supaya berfikir secara bijaksana dan tidak terperangkap dengan agenda tersirat itu.


Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini mencadangkan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon di DUN Chempaka selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia baru-baru ini.

PAS Pusat melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berterima kasih dengan cadangan tersebut dan menganggap ia satu bentuk penghormatan terhadap Allahyarham Nik Abdul Aziz. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori