Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda Maut Dirempuh Kereta...

SETIU - Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di...

MRT Rugi RM6 Juta...

RAPID Rail Sdn. Bhd. mengalami kerugian lebih RM6 juta susulan kes kecurian kabel...

Tentera Filipina Maut Dalam...

SERAMAI 10 anggota tentera Filipina dilaporkan maut akibat serangan udara yang mensasarkan kumpulan...

20 Rumah Di Kampung...

SHAH ALAM - Kira-kira 20 rumah dinaiki air akibat kejadian banjir dan fenomena...

Projek Ternakan Udang Jejas Pendapatan Nelayan di Kerian, Perak

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa seramai 2,000 nelayan pantai di Kerian, Perak terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan projek ternakan udang di kawasan itu

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris mendakwa, sisa buangan beracun dari kolam ternakan udang terbabit mencemari air laut sekali gus mengancam sumber perikanan di pantai daerah berkenaan.

Malah, katanya, pengusaha belacan dan penternak kerang juga putus mata pencarian kerana udang serta kerang di kawasan berkenaan turut mati akibat pencemaran laut yang berlaku di sini.

“Projek itu bukan saja memusnahkan ratusan hektar hutan paya bakau di daerah tersebut tetapi juga turut mencemarkan air laut.


“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah 2,000 nelayan pantai ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed berkata, masalah itu telah beberapa kali diadukan kepada kerajaan Perak tetapi tiada tindakan dilakukan dan permasalah dihadapi nelayan terbabit kini bertambah serius.

Dakwa beliau, sebelum projek akuakultur itu beroperasi, nelayan-nelayan di kawasan terbabit boleh memperolehi tangkapan bernilai lebih RM100 sehari tetapi sekarang hanya tinggal sekitar RM15 saja sehari. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori