Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MUDA Bincang Tindakan PKR...

JOHOR BAHRU : Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengadakan mesyuarat khas hujung minggu...

Video COO Felcra Jerit...

SATU klip video yang memaparkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra Berhad, Mohd. Khairi...

Lelaki Ditahan Memandu Dalam...

SEORANG pengurus syarikat produksi yang bekerja dengan BBC dan Sky Sports ditahan polis...

Perhilitan Diminta Tangani Monyet...

TAIPING - Penduduk di kawasan Kampung Baru Sambungan Kamunting di sini meminta Jabatan...

Apa Pulak Ni? Indonesia Tuntut Malaysia Tak Ambil Kulit Popiah

SETELAH panas dengan beberapa isu ‘kecurian’ yang didakwa Indonesia terhadap Malaysia sebelum ini termasuk batik, wayang dan lagu ‘Rasa Sayang’, kini timbul satu lagi cerita.

Kedengaran kelakar dan hampir tak masuk akal, sebuah persatuan berkumpul bagi memaklumkan kepada Malaysia bahawa kulit popiah atau dikenali sebagai lunpia merupakan warisan Indonesia dan mendesak Malaysia tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya.

Protes ‘Save Lunpia’ yang dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta itu dianjurkan Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (FormasBudi) dan dihadiri puluhan peserta.

101547220150220-101155780x390

Dalam satu kenyataan terhadap media, koordinator FormasBudi Rahmulyo Adiwibowo berkata, “Kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah (awal) agar (lunpia) tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan (lunpia) sebagai warisan budaya nasional.

“Jangan sampai (lunpia) menerima nasib seperti batik, wayang dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah pencegahan.”


Sementara itu, 17 Oktober tahun lalu, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia telah menetapkan popiah sebagai budaya warisan nasional.

Malahan, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga bakal membuat usul kepada UNESCO agar mengiktiraf makanan ringan itu sebagai warisan dari Indonesia.

Dalam protes berkenaan, peserta turut memberikan popiah Semarang kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Adoi, macam-macam. – MYNEWSHUB.CC

Sengketa Budaya Indonesia Dan Malaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori