SYARIKAT Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat dari Indonesia, PT Adiperkasa Citra Lestari (PT ACL) bagi mengukuhkan kejarsama antara Malaysia dan Indonesia dalam usaha pembangunan dan pembinaan kereta tempatan Indonesia.
Mewakili Proton pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah dan disaksikan oleh Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sementara mewakili PT ACL adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdullah Mahmuh Hendropriyono.
Majlis perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, hari ini.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi kini dalam lawatan kerja rasmi di Malaysia selama tiga hari bermula semalam. – MYNEWSHUB.CC