Kira-kira dua bulan lalu, kami pernah menyiarkan artikel bertajuk ‘Bantulah Ibu Ini Untuk Dapatkan Semula Bayinya…’ yang berkisar mengenai penjuangan seorang ibu bernama Yasmin untuk mendapatkan semula bayi perempuannya, Rania yang berusia dua tahun daripada suaminya, Azam.
Semalam, menerusi Facebook yang diwujudkan khas untuk tujuan ini iaitu Return Rania, Yasmin memuatnaik status yang menceritakan kekecewaannya selepas diberikan syarat tidak masuk akal hanya kerana mahu berjumpa dengan anaknya.
Yasmin diminta untuk menandatangani perjanjian yang mengandungi syarat-syarat seperti tidak mengambil gambar bersama Rania dan akan diawasi oleh suami dan peguamnya sepanjang sesi tersebut.
Untuk makluman, sebelum ini hak penjagaan sementara telah diberikan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kepada si ibu pada 10 September 2014, namun pihak suaminya berkeras tidak mahu menyerahkan Rania kepada Yasmin.
Berikut merupakan status penuhnya:
Susulan itu, ramai yang menyifatkan perbuatan suaminya sebagai kejam dan turut menyarankan agar Yasmin menggantikan peguam yang sedia ada dengan peguam lebih agresif bagi mendapatkan semula haknya.
Pada hemat kami, ada benarnya saranan orang ramai yang mahukan Yasmin menukar peguamnya jika itu jalan terbaik untuk dia mendapatkan Rania semula.
Apapun, kami harap kes ini akan mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya badan-badan yang memperjuangkan hak wanita bagi membantu Yasmin mencapai penyelesaian kemelut ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Elza