Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

8,921 Kes Penipuan Libatkan...

SEREMBAN: Sebanyak 8,921 kes jenayah penipuan dengan pelbagai modus operandi melibatkan jumlah kerugian...

PRU14: Undilah Dengan Bijak...

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyeru semua...

Nik Nazmi Dakwa Malaysia...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membidas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala...

Tutup Hotel, Spa Kerana...

JAKARTA - Ibu kota ini menutup sebuah kompleks hotel dan spa kerana dakwaan...

Pusat Pemindahan Banjir Di Sematan Dijangka Tutup Hari Ini

KUCHING – Berikutan keadaan cuaca bertambah baik sejak semalam, pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Paon di jalan Lundu-Sematan, kira-kira 100 km dari sini, dijangka ditutup hari ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, ketika ini jumlah mangsa di pusat pemindahan di seluruh Sarawak kekal 196 seperti malam tadi dengan 45 daripadanya berada di Sematan, dalam bahagian Kuching manakala 151 lagi di dua pusat pemindahan banjir dalam bahagian Betong.

Katanya, semua mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing tengah hari ini, jika keadaan cuaca mengizinkan.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan banjir pulih sepenuhnya di bahagian Betong bagaimanapun mangsa yang berada di dua pusat pemindahan, iaitu di Dewan Panglima Rentap serta Klinik Kesihatan Nanga Budu, tidak dapat pulang ke rumah panjang masing-masing kerana struktur bangunan kediaman mereka disahkan tidak selamat akibat kejadian tanah runtuh.

Dalam pada itu, katanya, banjir yang menjejaskan 12 kampung sekitar kawasan Sematan semalam, semakin pulih, namun mangsa tidak dapat pulang ke rumah malam tadi memandangkan keadaan gelap. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori