DOHA - Qatar memanggil dutanya ke Mesir hari ini untuk menjelaskan mengenai siri serangan udara oleh tentera Mesir ke atas sasaran kumpulan jihad di Libya.
Pegawai Kementerian Luar berkata, Doha memanggil wakil negara itu mengenai kenyataan yang dikeluarkan delegasi Mesir ke Sidang Liga Arab, Tariq Adel mengenai serangan itu, demikian lapor agensi berita QNA.
Adel menuduh Qatar memberi sokongan kepada pengganas, demikian menurut media Mesir dan laporan yang dikeluarkan stesen berita Al-Jazeera selepas kenyataan persidangan Doha itu mengambil sikap berkecuali mengenai serangan Kaherah terhadap sasaran kumpulan Negara Islam (IS).
Pesawat pejuang F-16 Mesir mengebom kubu militan di bandar timur Derna, kelmarin selepas kumpulan IS di Libya mengeluarkan rakaman video menunjukkan 21 penganut ortodok Kristian Mesir dipenggal kepala beramai-ramai.
Kumpulan menganut Kristian Mesir itu dikatakan berada di utara Afrika bagi mencari pekerjaan apabila mereka ditangkap oleh kumpulan IS. – AFP