Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KEJAR Platform Terbaik SPRM...

Kota Kinabalu - Program Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) antara platform terbaik Suruhanjaya Pencegahan...

Raja Muda Selangor Setuju...

RASMI... Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuiddn Idris Shah akhirnya mengesahkan...

“Saya Tak Gunakan Cantik...

CALON Parti Warisan Sabah bagi kerusi DUN Kiulu, Jo Anna Henley Rampas mungkin merupakan...

“Kita Harus Sama-Sama Kuat...

KUALA LUMPUR - "Kita harus sama-sama kuat Pak! Doa, solat dan munajat harus...

QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang Ditemui Pagi Tadi

GAMBAR yang diambil pada 2 Februari lalu, pasukan penyelamat Indonesia dari Agensi Pencari dan Penyelamat menemui jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa. - Foto AFP
GAMBAR yang diambil pada 2 Februari lalu, pasukan penyelamat Indonesia dari Agensi Pencari dan Penyelamat menemui jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa. – Foto AFP

JAKARTA – Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari serpihan dan baki mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya menemui bahagian kokpit pesawat dan membawa keluar satu jasad dipercayai juruterbangnya, pagi ini.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo bagaimanapun memaklumkan gagal mengenalpasti sama ada jenazah ditemui itu adalah juruterbang pesawat, Iriyanto atau pembantunya, Remy Plesel.

“Satu jenazah dipercayai juruterbang sudah berjaya dipindahkan. Kita yakin jenazah itu adalah juruterbang kerana pakaian seragam dan lokasi penemuannya di kerusi kokpit.

“Keadaan jenazah juga sudah kelihatan tidak sempurna. Sebaiknya kita tunggu pengecaman daripada DVI (Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana),” katanya.

Mengulas lanjut, Soelistyo berkata, kedudukan seorang lagi juruterbang juga sudah diketahui iaitu di kokpit dan pasukan penyelam akan dikerah untuk memindahkan jenazah berkenaan hari ini.


“Kita berharap keadaan cuaca membolehkan pasukan penyelam kita menyempurnakan tugasnya di dasar laut. Semoga seorang lagi juruterbang akan dapat kita pindahkan,” katanya.

Soelistyo turut menjelaskan, bahagian kokpit itu berada sekitar 20 meter dari kedudukan badan pesawat yang sudah ditemui sebelum ini. -Kompas.com

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori