Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tebus Guna Tanah Pelan...

GEORGE TOWN - Rancangan tebus guna tanah seluas 607 hektar yang dikenali sebagai...

Anak Kapal KM Avatar...

MELAKA - Dua anak kapal KM Avatar yang dilaporkan hilang selepas kapal dagang...

2 Projek Sandakan Diumumkan...

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas Menteri Kewangan, Lim Guan...

125,216 Syarikat Mendaftar Untuk...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Radikalisme Cabaran Terbesar Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR – Mencegah kalangan belia daripada menjadi golongan radikal adalah cabaran terbesar terhadap keselamatan negara di Malaysia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini penting bagi Malaysia berdasarkan ciri negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan menganut pelbagai agama.

Berucap kepada 1,500 peserta muda pada Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Negara (NALS) ke-3, Hishammuddin menggariskan tiga langkah untuk menangani cabaran itu, termasuk perlunya memperjuangkan konsep kesederhanaan.

“Bagi diri saya, kesederhanaan terutamanya dalam konteks di Malaysia adalah tentang penerimaan. Kuncinya adalah bagi kita semua untuk menerima perbezaan kita, mencari titik persamaan bagi masalah yang kita hadapi dan bersama-sama menyelesaikannya,” katanya.

Hishammuddin berkata satu lagi langkah penting adalah perlunya usaha menyeluruh untuk memastikan “anggota yang paling mudah terdedah dalam masyarakat kita, terutamanya kalangan belia lelaki, diberikan pilihan terhadap radikalisme”.

“Jika kita mahu mengalahkan ekstremisme, tidak memadai untuk kita hanya membataskan usaha kita bagi penyusunan semula masyarakat kita untuk menjadi lebih seimbang dari segi sosio-ekonomi, begitu juga kita tidak boleh hanya bergantung kepada langkah-langkah keselamatan dan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya aktiviti sukarela dapat memainkan peranan strategik dalam mengukuhkan hubungan masyarakat Malaysia dan mengurangkan tarikan terhadap ekstremisme.

Hishammuddin berkata aktiviti sukarela berorientasikan belia di semua peringkat dapat menggalakkan keharmonian, mengurangkan gejala sosial dan mengukuhkan rasa cinta terhadap negara.

Kesediaan untuk berbincang dan berdebat tentang isu-isu sukar tanpa melampaui batasan sivil dan undang-undang juga merupakan langkah penting, katanya.

“Kita perlu lebih berusaha untuk memahami satu sama lain. Orang Islam perlu cuba untuk memahami orang bukan Islam dengan lebih baik dan begitu juga sebaliknya. Kita juga mesti cuba untuk memahami setiap masyarakat itu dengan lebih baik,” katanya.


Mengakui bahawa langkah berkenaan bukan jalan penyelesaian segera terhadap ekstremisme, beliau berkata ia boleh menjadi satu kuasa untuk menjadikan rakyat lebih rapat antara satu sama lain.

“Jangan kita lupa bahawa matlamat ekstremisme adalah untuk mempengaruhi sasarannya untuk menjalankan kegiatan subversif. Oleh itu, kita perlu mempunyai komitmen lebih kukuh terhadap nilai-nilai kita, terutamanya kewujudan bersama secara aman dan meraikan perbezaan kita,” kata Hishammuddin.

Beliau berkata program seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat menyumbang ke arah mencapai usaha itu.

NALS 2015 adalah inisiatif Kelab UMNO Australia (KUA) dengan kerjasama Kelab UMNO Luar Negara (KULN) bagi mewujudkan platform untuk pelajar dan belia dalam membimbing dan memupuk ciri-ciri kepimpinan serta untuk melahirkan pemimpin masa depan.

Selain Hishammuddin, simposium bertema ‘Dunia Globalisasi: Prinisp-prinsip Kepimpinan Inovatif’ itu turut menarik kehadiran 18 personaliti lain termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Presiden KakiSeni Low Ngai Yuen, yang dijadual akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka tentang pelbagai isu.

Sementara itu, dalam sidang media, Hishammuddin berkata transformasi PLKN sedang dikaji semula untuk ditambah baik, antara lain akan memberi penekanan terhadap penyuntikan nilai-nilai patriotisme dan kesukarelawan.

Transformasi itu penting kerana ia boleh membentuk gelombang kesatuan (antara masyarakat), katanya.

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Belia dan Sukan sedang meneliti semula struktur dan pengisian program PLKN yang ditangguhkan buat sementara susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi intervensi ekonomi bulan lepas berikutan kejatuhan harga minyak dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori