Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gadis Kenakan Caj ‘Bercakap’...

SEORANG gadis mengenakan bayaran £100 (RM536) kepada bekas kekasih yang mahu bercakap dengannya. Toni...

Muhyiddin Dapat Sementara Pasport...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu membenarkan permohonan Tan Sri...

Tak Pasti Harga Naik...

KUALA LUMPUR - Dikatakan bahawa harga ayam turut naik semasa musim hari raya...

Kecewa, Antonio Conte Sedia...

ANTONIO Conte mula meragui masa depannya bersama Chelsea selepas kelab itu dilihat gagal...

Kenyataan Azad Kelirukan Ramai Orang – Rania Marketing

AGAK berliku-liku juga kemelut yang berlaku antara pasangan pelakon Azad Jasmin dan isterinya, Eira Syazira dengan syarikat perniagaan multi-level marketing (MLM), Rania Marketing Sdn. Bhd.

Bermula dengan dakwaan mereka mengenai hampir 1,000 pelabur tidak mendapat pulangan sepatutnya, pasangan itu kemudiannya membuat laporan polis apabila pemilik syarikat itu pula yang mendakwa Azad dan Eira melarikan sejumlah duit orang bawahan.

Justeru, satu sidang media telah diadakan oleh pihak Rania Marketing bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut duta syarikat, Mohd Hisham, Datin Muniroh Shuhaimy dan suaminya tidak pernah menuduh Azad dan Eira melarikan wang tersebut, sebaliknya hanya memberitahu mereka mempunyai rekod pendapatan terkumpul hampir RM200,000.

Mereka turut mengalu-alukan pasangan itu supaya datang ke pejabat Rania Marketing untuk berbincang terus daripada memberi kenyataan kepada media.

(BACA: Penipuan MLM, Eira Dan Azad Bakal Adakan Sidang Media?)

rania

“Kenyataan dia dah kelirukan ramai orang termasuk semua dalam industri MLM. Bila berlaku macam ni, orang pandang rendah MLM. Kalau boleh Azad datang cakap secara gentleman,” katanya.

Pada masa sama, Hisham turut meminta hampir 1,000 pelabur yang dinyatakan oleh Azad itu supaya berjumpa dengan mereka bagi membuat semakan.


“Rania Marketing ada plan dan pakej pemasaran yang tersendiri malah berdaftar dan dikawal selia oleh KPDNKK. Kami menyediakan plan tertentu dan plan ini perlu difahami oleh semua orang.

“Kami yakin wujud kekeliruan dan salah faham daripada pihak Azad,” ujarnya.

Nampaknya kedua-dua pihak sudah memberikan penjelasan, namun ia dilihat belum mampu menjernihkan keadaan selagi masing-masing tidak bertemu dan hanya memberikan kenyataan di media.

Harapnya perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik-baiknya tanpa melibatkan mahkamah yang mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Ohbulan!

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori