Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Myanmar Beri Kelulusan...

PETALING JAYA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

Pencari Kerja Jangan Pilih...

TAWAU - Golongan pencari kerja di Sabah dinasihatkan agar tidak memilih pekerjaan dalam...

Semua Sekolah Di Pasir...

SEMUA 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor diarah tutup berkuatkuasa serta-merta hari ini...

Nur Aisyah Dipercayai Dibunuh

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang dilapor hilang akhir bulan lepas ditemui mati...

Rasa Diri Hodoh, Amylea AF Pernah Cederakan Diri Sendiri

MEMANG tak dapat dinafikan, untuk menceburi bidang glamor seseorang itu perlu mempunyai pakej lengkap agar dapat diterima baik peminat tempatan.

Buat yang cantik dan kacak, pasti mudah sahaja meraih perhatian peminat-peminat dengan rupa paras yang sedap mata memandang.

Tapi, sebaliknya pula buat selebriti yang mempunyai kekurangan daripada segi rupa paras yang mana sekaligus memperlahankan kelangsungan seseorang artis berbakat itu untuk terus melangkah ke hadapan.

Hal ini pernah juga membelenggu bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Amylea Azizan yang mengakui pernah mencederakan diri sendiri gara-gara berasakan dirinya hodoh.

Memetik Murai, Amylea berkata, “Sejak dulu lagi saya memang mempunyai rasa rendah diri yang melampau. Saya cederakan diri sendiri sebab mengikutkan emosi tetapi semuanya kembali pulih selepas menyertai AF. Namun ia sedikit demi sedikit kembali menghantui saya selepas habis pertandingan tersebut.

“Saya memang rasa kecewa dengan penerimaan umum yang asyik mempertikaikan penampilan dan rupa saya. Tetapi mereka kata tahu kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kadangkala fikir tak tahu sampai bila senario begini akan habis, namun saya bernasib baik ada juga yang tidak memandang begitu,” katanya.

Amylea juga berharap peminat tidak menganggap pendedahannya itu merupakan salah satu strategi mencari simpati untuk dirinya diterima semua pihak di luar sana.


Fuh, sampai begitu sekali Amylea berfikir ya.

Bagi kami, Amylea ni memang di antara bakat-bakat produk AF yang sangat berbakat besar. Malah dia pun boleh karang lagu sendiri, tu dah kira hebat lah kan!

Mungkin masa Amylea untuk menyinar belum tiba lagi, tapi mana tahu lepas-lepas ni kan..

Sama-sama kita beri sokongan buat Amylea, agar bakatnya lebih diberi perhatian selepas ini.

Mungkin peminat pun boleh move on, daripada tengok artis yang cantik sahaja tapi tak berbakat buat apa kan. Tak gitu?

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori