Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hanya Kerana Ubah Saluran...

PETALING JAYA: Gara-gara naik angin kerana saluran televisyen diubah, seorang bapa bertindak mengelar...

Indeks Jenayah Sabah Bagi...

TAWAU - Indeks Jenayah Sabah dari tempoh Januari hingga April tahun ini menurun...

Tukang Cat Dipenjara, Curi...

KUALA LUMPUR — Seorang tukang cat yang mencuri beg seorang pesakit yang sedang...

Curi 2 Cermin Mata,...

PETALING JAYA - Seorang penghantar barang yang mempunyai kesalahan lampau bagi kesalahan mencuri,...

Rasa Sayang Yang Bawa Padah Kepada Seorang Isteri

VIRGINIA- Demi kasih sayang terhadap suaminya, seorang isteri, Andrea Crew, 31, sanggup menggugurkan tuduhan keganasan rumah tangga terhadap suaminya, Caleb, kerana tidak mahu menyaksikan lelaki itu masuk penjara.

Namun tindakan Andrea itu nyata membawa padah apabila lelaki itu mengkhianati kepercayaan isterinya dengan mencekik leher wanita itu hingga mati, hanya beberapa jam selepas mereka berdua keluar dari mahkamah.

Caleb yang juga bekas anggota tentera dan pernah berkhidmat di Afghanistan, didakwa di mahkamah selepas menuang minyak motor di atas kepala Andrea hingga memaksa wanita yang berasal dari Colombia itu membuat laporan polis pada Julai 2013.

Mereka sebelum ini dilihat sebagai pasangan bahagia namun disebalik senyuman itu, Caleb sering mendera isterinya dan mereka juga kerap bergaduh kerana wang.

Selepas berdepan serangan menakutkan itu, Andrea bercadang membawa dua anaknya pulang ke negara asalnya, namun dia belum bersedia untuk bercerai.

Mengikut laporan polis, selepas keluar dari mahkamah bersama-sama, Andrea dan Caleb bergaduh sebelum lelaki itu mencekik Andrea dengan tangannya. Apabila mendapati isterinya masih bernyawa, dia menggunakan tali leher dan menjerut leher Andrea hingga wanita itu tidak bernafas lagi.


Dia turut mengucapkan `selamat tinggal’ ketika membuang mayat Andrea di dalam hutan sebelum mengambil anaknya dari rumah pengasuh.

Pada malam itu, Caleb kembali ke hutan dan membawa mayat isterinya ke sebuah jambatan lalu membuangnya ke dalam sungai.

Keesokan harinya dia membuat laporan kehilangan Andrea. Namun beberapa hari selepas itu mayat Andrea ditemui nelayan. Caleb ditangkap dan akhirnya mengaku membunuh isterinya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • kejam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori