Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas, mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar, 67, daripada dakwaan meliwat Mohd Saiful, 27, di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Sehubungan itu, Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
– MYNEWSHUB.CC