Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ketua Pengarah JAS Lulus...

GEORGE TOWN - Sebuah kumpulan pendesak mempersoalkan sama ada tarikh kelulusan projek tiga...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan...

MH17: JIT Mahu Pendakwaan...

KUALA LUMPUR - Negara-negara Pasukan Siasatan Bersama (JIT) bersetuju agar pendakwaan peringkat kebangsaan...

Kantoi Curang, Lelaki Penggal...

BERANG dengan perbuatan selingkuh isterinya, seorang petani dari India tergamak memengal kepala isterinya. Narayan...

Remaja Maut Rempuh Kereta Buat Pusingan U

DUNGUN – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Kuala Dungun-Seberang Pintasan di hadapan Stesen Bas Kuala Dungun, di sini semalam.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, menyebabkan mangsa Khairul Nizam Mohd Anuar, 18, maut selepas lebih tujuh jam menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Seberang Pintasan, gagal mengelak sebuah kereta Proton Waja yang dipandu seorang pelajar perempuan berusia 24 tahun yang membuat pusingan U.

Susulan kejadian itu, mangsa yang berasal dari Jalan Kenangan, di sini mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta anggota badan dan meninggal dunia kira-kira 12.05 tengah malam tadi.


Bagaimanapun, pemandu kereta yang berasal dari Kampung Merah, Padang Pulut, di sini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori