GLADSTONE, Australia – Ribut melanda kawasan yang padat dengan penduduk di timur laut Australia ketika pihak berkuasa memberi amaran mengenai “malapetaka”.
“Ribut tropika Marcia, kategori 5, kini melintas pantai berhampiran Shoalwater Bay di utara Yeppoon,” menurut Biro Meteorologi Queensland menerusi Twitter. – AFP