Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Lulus Laporan...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah meluluskan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bagi Bahagian-Bahagian...

Ibu Baling Bayi Dari...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu yang masih berpantang didakwa di Mahkamah Majistret di...

PPDNKK Kedah Rampas 100...

ALOR SETAR - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah merampas...

Tak Sempat Ke UMS...

Beberapa jam selepas memuatnaik gambar beliau dalam penerbangan untuk menyertai program dalam Jelajah...

Riwayat Penyu 100Kg Di Sibu Mungkin ‘Berakhir’ Dalam Periuk

SIBU – Ramai bimbang nasib penyu cengkerang lembut dengan berat 100kg yang spesisnya semakin terancam yang ditangkap oleh seorang nelayan di Daro mungkin berakhir di dalam periuk dengan harga RM2,000.

Nelayan yang menangkap penyu itu, dipercayai berusia 50 tahun, berkata dia merancang untuk menjualnya di pasaran di sini.

Harganya dikatakan kira-kira RM20 sekilo.

“Lelaki itu merancang untuk menjualnya tetapi tidak menyatakan bila dia akan membawanya ke Sibu,” kata seorang penduduk tempatan, Jelmai Beedih.

Katanya, jika ia berlaku, riwayat penyu itu akan ‘berakhir di dalam periuk’ jika tidak ada campur tangan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk menghentikan jualan.

Dia berkata, penyu itu ditangkap menggunakan mata kail pada Selasa di Daro, kawasan yang terletak kira-kira tiga jam dari sini.

“Nelayan itu mengambil masa hampir satu jam untuk menaikkan penyu itu kerana penyu itu juga berusaha untuk melepaskan diri.

“Dalam usaha untuk meletakkan penyu di atas sampan itu, beberapa penduduk kampung menghentak-hentak bahagian perut penyu.”


Timbalan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd Oswald Braken Tisen berkata beliau dimaklumkan oleh penduduk di Daro bahawa nelayan itu mahu menjual daging penyu yang ditangkapnya di Sibu.

“Kita telah menghantar anggota kita ke Sibu untuk menghentikannya daripada berbuat demikian.

“Kami juga berharap nelayan itu akan menyerahkannya kepada kami,” katanya.

Braken juga menggesa orang ramai untuk menghentikan penjualan haiwan terancam secara haram dengan memaklumkan kepada syarikatnya jika mereka terserempak dengan sesiapa sahaja yang menjual penyu atau spesies yang dilindungi.

Sehingga petang Rabu, penyu itu masih hidup dan disimpan oleh nelayan berkenaan.

mStar

  • Lagi berita berkaitan:
  • penyu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori