Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Belum Ada Tangkapan Kes...

PUTRAJAYA - Polis mengesahkan belum membuat sebarang tangkapan terhadap mana-mana berhubung aktiviti pembakaran...

Serangan Paris: Selebriti Antarabangsa...

PARIS - Insiden serangan letupan secara mengejut yang berlaku di kota romantis paling...

Penganggur Mengaku Tak Bersalah...

ALOR SETAR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

DAP Yang Sepatutnya Minta...

KUALA LUMPUR - DAP tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain disebabkan keberanian PAS meneruskan...

RMK-11 Perlukan Komitmen Tinggi Pemimpin Negeri

PADAWAN (Sarawak) – Tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang akan bermula tahun depan memerlukan komitmen tinggi pemimpin negeri dalam meneruskan kesinambungan kemajuan yang dicapai menerusi pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia merupakan tempoh yang genting dalam merealisasikan hasrat mencapai status negara maju sebagaimana yang dicartakan oleh Wawasan 2020.

Beliau berkata pentadbiran negara memerlukan pemimpin negeri yang benar-benar cekap dan bertanggungjawab untuk berganding dengan kerajaan pusat bagi membangunkan negara.

Katanya di Sarawak, inisiatif-inisiatif diketengahkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam menerajui negeri sejak tahun lepas bukan sahaja menampakkan kecekapan pentadbirannya, malah turut memperlihatkan ketegasan serta pendiirian jelas untuk memajukan negeri.

Berucap pada majlis perjumpaan dengan rakyat di Dewan Serbaguna Kampung Teng Bukap di sini, kira-kira 100 km dari bandaraya Kuching, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau merasa bangga melihat peralihan kuasa di Sarawak yang berlaku dengan baik membolehkan Sarawak terus menikmati pembangunan pesat di bawah naungan BN.

Katanya kesungguhan serta ketegasan Adenan dalam menangani isu seperti rasuah, pembalakan haram, mengetengahkan agenda membasmi kemiskinan dan soal integriti dalam pentadbiran ternyata membolehkan beliau mendapat sokongan padu seluruh rakyat.

“Sokongan rakyat terhadap kepimpinan baharu amat baik sekali, Ketua Menteri yang saya kenali ini bukan saja cekap tapi juga miliki pendirian jelas terhadap perkara-perkara berkaitan manfaat untuk rakyat,” katanya.


Muhyiddin yang tiba di Kuching pagi ini untuk lawatan kerja dua hari di Sarawak berkata projek membina dan membaiki jalan raya menghubungkan Padawan dan Kuching berjumlah RM60 juta akan dimasukkan dalam RMK-11 untuk kemudahan penduduk.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM8 juta kepada Sekolah Menengah Padawan bagi tujuan membaiki dan menambah baik prasarana yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Majlis petang ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu yang mewakili ketua menteri dan Menteri Perumahan dan Pelancongan negeri Datuk Seri Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg juga menyaksikan lebih 322 mangsa banjir dari Kampung Simpok, Kampong Empuh Jamby dan Kampung Landeh di daerah Padawan, masing-masing menerima RM500.

Mereka merupakan kumpulan pertama mangsa banjir di Sarawak yang menerima wang ihsan itu daripada kerajaan, dan Muhyiddin tidak menolak kemungkinan ia akan disusuli dengan bantuan daripada kerajaan negeri pula selepas ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori