Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MyDhalanTheLegend & #KisahSeorangBiduan

20 TAHUN lalu di hotel sohor Kuala Lumpur, saya sempat duduk semeja dengan bintang...

Harimau Muda Jangan Buat...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan...

Dipenjara 12 Bulan Ceroboh...

KUALA KANGSAR - Seorang warga Kemboja dijatuhi hukuman penjara 12 bulan  oleh Mahkamah Sesyen di...

KPDNHEP Jamin Bekalan Petrol,...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan...

Ronaldo Bantu Kemenangan Real, Porto Ikat Basel

PARIS: Cristiano Ronaldo menamatkan kemarau jaringan tiga perlawanan berturut-turut apabila membantu kemenangan 2-0 ke atas Schalke 04 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Jerman, awal pagi tadi.

Turun selaku penyandang juara, satu lagi gol Real dijaringkan oleh pemain antarabangsa Brazil, Marcelo pada separuh masa pertama.

Kemenangan di tempat lawan itu menyaksikan Real agak selesa untuk melangkah ke suku akhir apabila menentang semula Schalke di gelanggang sendiri di Madrid bulan depan.

“Ia jelas Cristiano Ronaldo tidak akan berterusan tanpa gol,” kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

“Ia bukan satu masalah kepada kami jika dia tidak meledak gol untuk satu atau dua perlawanan, namun mendapatkan gol menjadikannya lebih selesa,” katanya.

Ronaldo menamatkan kemarau jaringannya pada minit ke-27 dengan menanduk masuk, sekali gus merapatkan rekod jaringan keseluruhannya di semua pertandingan di Eropah dan juga di Liga Juara-Juara Eropah.


Schalke pula menerima tamparan apabila pemain berbakatnya yang juga bekas penyerang Real, Klaas-Jan Huntelaar tidak dapat meneruskan permainan apabila cedera di kaki.

Sementara itu, pujian harus diberikan kepada kelab dari Switzerland, Basel yang tidak pernah melangkah ke pusingan lapan pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, berjaya mengikat kelab Portugal, Porto 1-1.

Porto adalah juara pada 2004.

Jurulatih Basel, Paulo Sousa amat teruja dengan prestasi anak buahnya.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini kerana ia adalah satu perlawanan yang amat sukar. Dengan keputusan ini ia memberi peluang kepada kami nanti ketika perlawanan kedua di Porto,” kata Sousa. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori