Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hampir 80 Peratus Populasi...

KUALA LUMPUR - Seramai 18,648,795 individu atau 79.6 peratus daripada populasi dewasa di...

Sultan Johor Kurnia DMIJ...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim...

Dakwaan Hasil Jualan Kasut...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menafikan beliau mengeluarkan...

Audit Kurangkan Risiko Kebakaran...

MIRI – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencadangkan agar audit keselamatan...

Rumah Terbakar: 7 Sekeluarga Sempat Selamatkan Diri

PORT DICKSON – Tujuh anggota sebuah keluarga sempat menyelamatkan diri apabila rumah yang didiami mereka di Jalan Melor 10, Taman Jimah Jaya dekat sini, terbakar awal hari ini.

Pegawai Kanan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson S. Maniam berkata kebakaran berlaku pada pukul 5.43 pagi ketika anggota keluarga itu sedang tidur.

Beliau berkata seorang daripada mereka terjaga apabila terhidu bau hangit dan keadaan menjadi panas lalu mengejutkan anggota keluarga yang lain untuk menyelamatkan diri sebelum api marak melalui pintu hadapan.

Sembilan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian dan mereka turut dibantu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang bersama sebuah jentera.


“Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya satu jam kemudian. Bagaimanapun, kebakaran tersebut menyebabkan rumah teres satu tingkat itu musnah terbakar seratus peratus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, katanya.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori