GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang akan menganjurkan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina pada 27 Feb ini di pejabatnya di Jalan Macalister, di sini.
Setiausahanya Oh Tong Keong berkata majlis yang dijangka dihadiri 2,000 orang itu akan dimeriahkan dengan kehadiran kepimpinan tertinggi parti termasuk Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan timbalannya Dr Cheah Soon Hai.
“Majlis ini terbuka kepada semua rakyat Pulau Pinang dan semua pemimpin parti pusat akan hadir pada malam tersebut yang akan bermula pada 7 malam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 300 belon berbentuk kambing akan turut diberikan kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu. – BERNAMA