Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Good Luck”.. SPM...

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara...

GST Selamatkan Negara Terjerumus...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan cukai barang...

Farhash Dibebaskan Dengan Jaminan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang ditahan...

Kerani Rugi RM54,000 Ditipu...

ALOR GAJAH - Seorang kerani wanita di sebuah syarikat automotif di sini kerugian RM54,000...

Sam: Buat Apa Cantik Saja Tapi Tak Pandai Ambil Hati

PELAKON Shaheizy Sam mengatakan dalam mencari calon isteri, dia tidak mementingkan paras rupa semata-mata sebaliknya mencari teman hidup yang pandai mengambil hati dirinya dan keluarganya.

Seperti yang semua tahu, Sam merupakan seorang yang sangat family man malah dia juga dilihat begitu akrab dengan ibunya, pelakon veteran, Khaty Fauziah.

Memetik kata-katanya dalam sebuah akhbar, Sam berkata, “buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga. Akhirnya yang cantik itu akan bertukar menjadi buruk”.

“Saya tidak akan merendah-rendahkan wanita terutama dalam memilih calon isteri yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya.


“Saya turut menitikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Sam enggan mengulas lanjut mengenai kisah percintaannya dengan pelakon Syatilla Melvin namun tidak menafikan aktres seksi itu mempunyai ciri-ciri wanita idamannya yang mana dia sering berfikiran positif dan tidak bersikap hipokrit.

Takpelah kita tunggu je, sampai masanya nanti Sam pastinya takkan lupa nak kongsikan siapakah wanita pilihan yang berjaya mencuri hatinya sehingga membawa ke pelaminan kelak. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori