Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perlu Kajian Segera Tangani...

ARAU - Pihak berkaitan perlu segera menjalankan kajian bagi mengatasi penyakit padi angin...

Cara ‘Ajar’ Pemandu Tidak...

BEIJING - Seorang tukang cuci di timur China menjadi popular selepas video menunjukkan...

Biadab, Rafizi Ajak Rakyat...

KUALA LUMPUR - "Saya agak kami nak ajak rakyat Malaysia langgar dan tanduk...

Tidak Dibenar Ke Teknaf...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan Bangladesh tidak membenarkan misi 'Food Flotilla for Myanmar'...

Sambut Dalam Suasana Satu Keluarga Di Sabah

SANDAKAN – Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di negeri ini disambut dalam suasana satu keluarga tanpa mengira kaum dan agama, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ia menjadi satu keunikan di Sabah yang mempunyai ramai suku kaum dan agama namun mampu bersama-sama menyambut setiap perayaan dalam suasana perpaduan yang kukuh.

“Kita berharap suasana ini berterusan supaya ia dapat menyumbang kepada pembangunan negara khususnya Sabah untuk menjadi negeri maju dan berjaya.

“Saya yakin, Sabah akan berada dalam keadaan baik, maju dan berjaya hasil kekuatan perpaduan rakyatnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) Batu Sapi di sini, hari ini.

Beliau turut mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran dua lagi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Gerakan Zon Sandakan dan Parti Liberal Demokratik.


Musa berkata rumah terbuka anjuran parti komponen BN itu dihadiri ramai pengunjung bukan hanya dari kaum Tionghua tetapi juga suku kaum lain di negeri ini.

“Semua ini menunjukkan rakyat begitu senang hati dan gembira merayakan setiap perayaan dalam semangat kekitaan dan persaudaraan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat meneruskan usaha memperkukuh perpaduan sedia ada dan menolak unsur-unsur yang cuba menjejaskannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori