Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Demi Ibu Hidap Obesiti,...

Berpegang pada pepatah, syurga di telapak kaki ibu, seorang remaja perempuan sanggup melupakan...

Jangan Takutkan Golongan Cendikiawan...

KUALA LUMPUR -- Jangan takutkan golongan cendikiawan kerana mereka adalah harta negara yang...

Kit Siang Kecam Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam langkah kerajaan menubuhkan pasukan...

MPK Tak Pohon Permit...

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan bunga...

Saravanan Gesa Palanivel Tidak Bermain Tarik Tali

GEORGETOWN – Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan menggesa Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel untuk tidak terus bermain tarik tali, sebaliknya segera menetapkan tarikh pemilihan semula semua jawatan dalam parti berkenaan.

Beliau berkata Palanivel sepatutnya memutuskan tarikh pemilihan semula parti itu terlebih dahulu seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum bertindak mempertahankan jawatan berkenaan.

“Apabila ada arahan (pemilihan semula), dia (Palanivel) dengan kadar segera (perlu) tetapkan tarikh, teruslah buat pemilihan dan kemudiannya lantiklah semua jawatankuasa yang beliau nak.

“Tak perlulah pusing seluruh negara, tetapkan tarikh dahulu. Ini bukan hal rumah tangga beliau, ini hal parti. Kalau nak mempertahankan jawatan, tetapkan tarikh dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan Piala FA antara Sungai Ara FC dan MISC-MIFA, di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.


Krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori