Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Buang Sifat Sombong Dan...

KEBIASAANYA, orang yang berjaya di dunia ini rata-ratanya tidak sombong dan amat merendah...

Mangsa Terakhir Letupan Pencawang...

Kuala Lumpur - Mangsa terakhir daripada tiga pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang...

14 Wanita Menang Kerusi...

RIYADH - Sekurang-kurangnya 14 wanita memenangi kerusi majlis perbandaran pada pilihan raya pertama...

Pelik… Wanita Lupa Cara...

AUSTRALIA: Bayangkan satu hari jika anda bangun tidur dan anda terlupa bagaimana caranya...

Sarawak Setuju Wujud Sekolah Indonesia – Najib

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk mewujudkan Sekolah Indonesia bagi memberi pendidikan kepada anak-anak pekerja Indonesia di negeri itu.

Beliau berkata inisiatif yang sama telah diwujudkan di Sabah dan kini terdapat 50 buah Sekolah Indonesia di negeri itu.

“Kami setuju bahawa sekolah-sekolah diwujudkan bagi anak-anak pekerja dari Indonesia. Kerajaan negeri Sarawak telah memberi persetujuan supaya mewujudkan sekolah yang sama di Sarawak.

“Dengan ini, seperti ditetapkan UNESCO, hak pendidikan adalah hak universal yang tidak boleh nafikan,” katanya dalam sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo sempena lawatan negara tiga hari pemimpin Indonesia itu di Malaysia di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Sebelum itu, Najib dan Presiden Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi mengadakan pertemuan empat mata dan menghadiri mesyuarat dua hala bersama delegasi masing-masing di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Dalam sidang media yang sama, Jokowi menyambut baik usaha Malaysia untuk mewujudkan Sekolah Indonesia di Sarawak.


“Perkara ini akan dilanjutkan segera bagi membolehkan anak-anak melanjutkan pendidikan,” katanya.

Sekolah Indonesia diwujudkan bagi memberi pendidikan kepada anak-anak Indonesia di luar negeri dalam melahirkan modal insan berkualiti dari segi akhlak dan akademik.

Ia merupakan hasil pertemuan dua hala antara bekasn Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhono dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 11 Januari 2008.

Sekolah Indonesia Kota Kinabalu merupakan yang pertama beroperasi di negara ini iaitu pada 1 Disember 2008 yang memberikan pendidikan akses formal dan tidak formal kepada anak-anak Indonesia yang tinggal Sabah. – Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori