PENYANYI dan bekas penyampai radio Mix FM, Sarimah Ibrahim melahirkan perasaan bersyukur dan lega selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan penceraiannya dengan bekas suaminya, seorang warga Australia, enam tahun lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak.
Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan berkenaan.
Dalam keterangannya, Sarimah berkata, Amir melafazkan cerai kepadanya di kondominiumnya di Mont Kiara pada jam 9 malam, 15 Mei 2009.
“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.
“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh,” katanya memetik Harian Metro.
2 April depan, Sarimah bakal melangsungkan pernikahan dengan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzmuddin Tunku Mudzaffar selepas mengikat tali pertunangan September lalu.
– MYNEWSHUB.CC