Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bimbang Dimarahi Baju Kotor,...

KUANTAN - Hanya kerana bimbang dimarahi akibat baju kotor, seorang remaja dikhuatiri lemas...

Lebih 100,000 Pelancong China,...

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod...

Tentera China Ada Radar...

CANGGIH... Pihak berkuasa China berjaya membangunkan sebuah radar tentera super sensitif yang mampu...

Najib, PM Thailand Bincang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan...

Kasihan Mereka Yang Pamer Tifo Wajah Anjing – Presiden PBNP

JERANTUT – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata beliau berasa kasihan dengan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terlibat mempamerkan kain rentang (tifo) manusia berwajah anjing pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015, Sabtu lalu.

Beliau berkata individu terbabit seharusnya melihat perlawanan bola sepak dari sudut positif dan tahu membezakan perkara yang elok atau tidak elok serta sedar bahawa perbuatan menghina tidak dibenarkan agama.

“Saya tidak kesal (dengan insiden itu) tetapi kasihan pada mereka yang terlibat dan juga keluarga mereka. Saya tidak faham cara (mereka) berfikir. Kita orang Malaysia bukan begitu cara berfikirnya.

“Kita hendak perkembangan sihat dari semua sudut dan jika masih berfikir seperti budak-budak, berkelakuan seperti anak kecil…bagaimana hendak membina negara?” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir dan sumbangan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling, Kampung Bantal di sini, pada Isnin.

Tengku Abdul Rahman berkata beliau percaya ibu bapa dan guru-guru juga sudah pasti telah cuba memberi didikan terbaik kepada individu yang terbabit dalam insiden itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan penyokong JDT membawa kain rentang manusia berwajah anjing mendukung seekor anak anjing dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu.


Ditanya jika beliau mengharapkan tindakan lebih tegas daripada FAM, Tengku Abdul Rahman berkata: “Tindakan hukuman merupakan satu daripada jalan untuk menyelesaikan perkara ini, tetapi jika dilihat betul-betul, hukuman mana paling wajar? Pada saya yang paling mujarab ialah kesedaran diri sendiri.”

Beliau berharap penyokong Pahang tidak akan mencetuskan perkara provokasi seperti itu di Stadium Darul Makmur Kuantan kerana ia akan memberi imej negatif kepada persatuan, negeri, diri sendiri dan sukan bola sepak.

Selain itu, Tengku Abdul Rahman turut mengucapkan tahniah kepada JDT yang muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 selepas mengalahkan Pahang 2-0.

“Saya yakin pasukan Pahang akan bangkit dan memberi permainan yang lebih teratur apabila mereka bermain di Kuantan nanti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori