Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peserta Industri Perlu Aktif...

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak mahu peserta industri bertanggungjawab secara aktif dalam melatih...

Sufian Bersyukur Video Muzik...

SEKIRANYA mengikut perancangan awal, tanggal 23 Mac sepatutnya menjadi hari bahagia penyanyi, Sufian...

Najib Diperkenan Menghadap TMJ,...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap...

MH370: Mesyuarat 3 Pihak...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat antara Malaysia, Australia dan China berhubung operasi pencarian pesawat...

Isteri Mengamuk Di Instagram Sebab ‘Abang Like Gambar Ni?’

AKIBAT perbuatan suaminya menekan butang “like” pada gambar seorang penuntut perempuan di laman Instagram, seorang wanita mengamuk sakan di ruangan komen.

Apa yang agak lawak, laman Instagram berkenaan bukanlah milik penuntut perempuan terbabit tetapi di bawah akaun Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) sebuah institusi pengajian swasta.

Gambar memaparkan penuntut perempuan menyertai satu program berbasikal yang tidak diketahui tarikhnya itu dipercayai telah ditekan  “like” oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Tiba-tiba muncul seorang wanita bertanya di ruangan komen, “Abang like?”

BACA JUGA – Luahan Rasa Isteri Ini Amat Menyentuh Hati

Kemarahan wanita itu nampak meluap-luap apabila amukannya diiringi komen berbunyi:

“Abang memang suka kan ‘like‘ betina-betina gedik budak IPT macam ni, miang punya jantan!! Ingat bini kat umah bang.

Petikan skrin ruangan komen memperlihatkan amukan siber si wanita yang mungkin isteri lelaki berkenaan.
Petikan skrin ruangan komen memperlihatkan amukan siber si wanita yang mungkin isteri lelaki berkenaan.

“Perangai kau ni memang tak berubah kan? suke betina gedik macam ni, better ko buang like kau tu sebelum aku mengamuk lebih teruk!!

“Dasar kaki betina!!!!” komen wanita itu tanpa sebarang balasan oleh lelaki berkenaan.


Pengguna Instagram lain yang turut memberikan komen di situ ada yang tertawa melihatkan situasi berkenaan berlaku.

Apa yang pasti, penuntut IPTS berkenaan tidak salah pun kerana ianya mungkin laman rasmi MSU Malaysia dan mereka hanya menyertai program berbasikal berkenaan.

Tak pasal-pasal mereka dilabelkan ‘betina’ oleh si isteri cemburu terbabit.

Kepada lelaki yang ingin like gambar-gambar sebegini eloklah pandang-pandang dulu sebelum menekan butangtu, nanti lain pula yang jadi… hahahaa!

-MYNEWSHUB.CC

Isteri Mengamuk Suami Curang Tampar Wanita Indon

http://youtu.be/3EXqpopZIoM?list=PLTWicrVjU6aR7xvYMNzJ6TXT8lvizwtvM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori