Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kantoi Playboy, Datuk Red...

DATUK Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang sedang mencetus sensasi...

Akhirnya Tunduk Kepada Desakan...

1. Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengumumkan, kerajaan memutuskan penetapan harga runcit...

Kertas Siasatan Kes Pemandu...

ISKANDAR PUTERI - Kertas siasatan kes pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota...

Beribu Botol Air Zam...

KUALA LUMPUR - Operasi bagi menghentikan pasaran gelap air Zam Zam palsu giat...

Sebanyak 73 Masjid Terjejas Dalam Banjir Di Pahang

KUANTAN – Sebanyak 7,300 naskhah Al-Quran rosak, manakala 73 buah masjid terjejas semasa banjir besar melanda negeri Pahang baru-baru ini, mengakibatkan kerugian berjumlah hampir RM6.8 juta.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata masjid yang paling teruk terjejas adalah di daerah Jerantut dengan anggaran kerugian RM4.8 juta, diikuti Pekan (RM662,000), Temerloh (RM450,000), Lipis (RM390,000), Bera (RM238,000), Chenor (RM175,400) dan Maran (RM71,200).

Sementara itu, sebanyak lima buah Sekolah Menengah Agama (SMA) kelolaan kerajaan negeri turut terlibat dengan bencana itu hujung tahun lepas mengakibatkan kerugian bernilai RM2.38 juta.

“SMA Pulau Tawar di Jerantut merupakan sekolah paling teruk rosak dengan kerugian berjumlah RM1 juta.

“Wakil kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melawat sekolah itu, namun kami masih menunggu keputusan sama ada mereka berhasrat menyumbang untuk tujuan baik pulih,” katanya kepada Bernama di sini Rabu.


SMA lain yang turut terjejas banjir ialah SMA Al-Wosto, Temerloh (RM500,000); SMA Al-Khairiah, Temerloh (RM451,350); SMA Guai, Bera (RM355,000) dan SMA Kuala Tembeling, Jerantut (RM82,000), jelas Mohamad Noor.

“Kerja pembaikan yang mustahak dan kecil telah dimulakan. Sesi persekolahan juga bermula menggunakan peralatan sedia ada, biar pun ada sedikit kekurangan.

“Kami juga mahu cepat (melakukan kerja baik pulih), namun ia memerlukan peruntukan yang besar dan JAIP sedang berikhtiar untuk mendapatkan peruntukan. Harap pelajar dapat bersabar,” katanya.

Mohd Noor menambah pihaknya juga menerima sumbangan bernilai RM849,410 daripada pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri dan setiap sekolah diperuntukkan sebanyak RM20,000 bagi tujuan membaik pulih. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori