Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

“Baki RM3 Pakcik Kantin...

TULAR di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang ibu yang kesal dengan tindakan...

Rupa-Rupanya Isteriku Sering ‘Makan...

KELAKUAN pelik seorang isteri yang sering memesan Grab terbongkar apabila suami wanita tersebut...

Pelajar UA Dituduh Muat...

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar universiti awam (UA) di ibu kota, dihadapkan ke...

Istiadat Keberangkatan Pulang Penuh...

KUALA LUMPUR - Raja Berjiwa Rakyat, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku...

Selain Nga Kor Ming, Zunar Juga Disiasat PDRM

MAKLUMAT TERKINI: ZUNAR telah ditahan polis pukul 9 malam tadi….maklumat lanjut akan menyusul…

 

Sebentar tadi kami menyiarkan berita Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming bakal disiasat di bawah Akta Hasutan apabila mengeluarkan tweet meminta rakyat bangun menentang kerajaan.

Terkini, kartunis pro-pembangkang, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque bakal turut berdepan dengan siasatan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesan tweet-tweet ‘kurang sihat’ dari Zunar telah mengarah Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) agar melakukan siasatan segera.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat Zunar harus disiasat mengikut akta mana.

Zunar dilaporkan berkata; ” Barua2 berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan,”.

Tweet berkenaan dikesan dibuat pukul 2.40 petang tadi.


Apa yang dipertontonkan Zunar amat nyata sekali adalah sindrom apabila keputusan menyebelahi pihak yang disokongnya, maka hakim itu berani dan telus. Manakala jika keputusan tidak menyebelahi maka hakim mengikut telunjuk kerajaan.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.-Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori