Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker...

SEORANG peminat Paul Walker yang memuat naik gambar bayangan pelakon itu berdiri di sebelah...

Makan Udang Awet, Badan...

PELAKON Nabila Huda tidak menyangka makanan laut kegemarannya, udang bakal menyebabkan dia mengalami...

“Bukan Saya Buat Video,...

RAKAMAN video hantu kebaya merah masih lagi hangat diperdebatkan, maklumlah isu ini sudah...

Bomba Tangkap Buaya Tersepit...

PETALING JAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menangkap seekor buaya yang memasuki...

‘Selamat Tinggal Yonex’, BAM Bakal Umum Penaja Baru

Selepas lebih 10 tahun menjalinkan kerjasama, nampaknya pasukan badminton Malaysia sudah boleh mengucapkan ‘sayonara’ kepada jenama barangan sukan dari Jepun, Yonex.

Hujung bulan ini, kontrak yang ditandatangani antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yonex bakal berakhir, lantas satu pengumuman rasmi bakal dibuat oleh Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff minggu hadapan.

Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff

Dalam satu kenyataan menerusi Harian Metro, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai, kontrak antara BAM dan Yonex bakal berakhir hujung bukan ini, namun demikian pendedahan penajaan baru hanya akan dibuat minggu hadapan.

“Presiden (Tengku Mahaleel) akan maklumkan. Kami tidak boleh dedahkan jenama baru kerana tunggu kontrak tamat dengan Yonex,” ujarnya.


729d1fa0b984f90418f52e0bd8d4301d2bb8cd

Dalam ruangan blog sukan, timbul khabar angin bahawa jenama Victor dari Taiwan akan mengambil alih peranan sebagai penaja dan bakal memberi nafas baru kepada pasukan Malaysia.

Walau bagaimanapun, menurut laman sesawang sembangsukan.com, Datuk Lee Chong Wei akan kekal ditaja Yonex. – MYNEWSHUB.CC

BAM Dalam Proses Radikal Pulihkan Era Kegemilangan Sukan Badminton

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori